Pelantar fotografi udara Fotografi_udara

Pesawat kawalan radio

Kemajuan dalam model kawalan radio telah membolehkan kapal terbang model untuk melaksanakan fotografi udara altitude rendah. Ia menguntungkan pengiklanan harta tanah, di mana harta tanah perdagangan dan perumahan merupakan subjek fotografi. Kapal terbang dikendali, bersaiz penuh dilarang daripada terbang rendah di atas kawasan berpenduduk.[5] Kapal terbang model skala kecil sering kali meningkatkan capaian fotografik kawasan yang sebelum itu dilarang. Kenderaan kecil tidak menggantikan kapal terbang bersaiz penuh, kerana kapal terbang sebenar mampu terbang lebih lama, lebih tinggi, dan memiliki keupayaan beban peralatan lebih besar. Ia bagaimanapun berguna dalam sebarang keadaan di mana kapal terbang sebenar bahaya untuk diterbangkan. Contoh termasuk pemeriksaan di puncak talian penghantar kuasa dan penerbangan rendah, perlahan di atas ladang pertanian, kedu-duanya boleh dilaksanakan oleh helikopter kawalan radio berskala besar. Pelantar kamera distabil sistem giro, gred profesional sedia ada untuk kegunaan model sebegitu; model helikopter besar dengan enjin minyak tanah 26cc mampu membawa muatan sekitar tujuh kilogram (15 lbs).

Pada 2006, peraturan FAA melarang penerbangan model RC perdagangan telah ditingkatkan kepada memerlukan pengesahan FAA rasmi sebelum kebenaran untuk terbang pada sebarang ketinggian di USA.

Oleh kerana semua yang mampu dilihat dari ruang awam dianggap di luar ruang peribadi di Amerika Syarikat, fotgrafi udara boleh secara sah merakamkan ciri-ciri dan peristiwa di harta tanah peribadi.[6]